
Resepi air katira ini bukanlah asli dari negeri Johor. Tapi sudah memadai sekadar untuk membasahi tekak yang kering selepas seharian berpuasa.
Sebenarnya resipi ini telah dikongsikan oleh seorang penjual di bazar Ramadan. Cara yang dikongsikan ini cukup ringkas tapi sedap.
Jika malas untuk ke bazar Ramadan, anda boleh cuba membuatnya sendiri di rumah. Selain itu, anda juga boleh mengawal tahap kemanisan air mengikut selera masing-masing.
Baca juga: Resipi Air Jus Kedondong Asam Boi Asli, Rasa Masam Manis Memang Sejuk Tekak Dibuatnya!
RESEPI AIR KATIRA VERSI SIMPLE DAN SEDAP

Bahan-bahan:
- 1 tin susu cair
- 1 tin susu pekat
- 1 penutup botol esen pisang (ikut ukuran penutup botol esen)
- Pewarna hijau
- Gula mengikut tahap kemanisan yang disukai
- Cincau
- Biji selasih (rendam dengan air panas bagi kembang dulu)
Cara-cara:
- Mula-mula, satukan susu cair, susu pekat, esen pisang, pewarna, air, ais dan gula dan satu bekas besar.
- Kacau sebati semua bahan sehingga gula larut sepenuhnya. Anda boleh sesuaikan kadar gula mengikut tahap kemanisan yang diingini.
- Setelah bahan-bahan tadi sudah tercampur rata, masukkan pula cincau serta selasih.
- Kacau lagi supaya semua bahan sebati.
- Setelah semuanya tercampur dengan baik, air katira sedia untuk dinikmati.
Sumber: Mickeyy Deraken
Baca juga: Resipi Air Jus Kedondong Asam Boi Asli, Rasa Masam Manis Memang Sejuk Tekak Dibuatnya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














