jenis sos tiram

Mungkin sebelum ini ramai yang anggap semua jenis sos tiram yang ada dipasaran itu semuanya sama sahaja.

Sebenarnya, sos tiram mempunyai beberapa jenis mengikut kepada peratusan atau kepekatan ekstrak tiram itu sendiri dan kandungan bahannya.

Selain itu, ia juga mempunyai pelbagai fungsi mengikut tujuan masakan masing-masing.

Menerusi perkongsian oleh Chef Amer, terdapat lima jenis sos tiram di pasaran Malaysia. Jom sama-sama baca!

5 Jenis Sos Tiram Yang Perlu Anda Tahu

1. Sos Tiram

  • Kandungan ekstrak tiram lebih dari 10% dan boleh dipanggil Sos Tiram
  • Rasa tiram yang sebenar
  • Jenama Panda Lee Kum Kee

2. Sos Perisa Tiram

  • Kandungan ekstrak tiram kurang 5%, sebab tu tak boleh dipanggil Sos Tiram, hanya berperisa tiram sahaja.
  • Rasa tiram yang ‘mild’
  • Jenama Maggie, Nona, Adabi, Taste-me

3. Sos Tiram Premium

  • Kandungan ekstrak tiram 40%
  • Rasa tiram yang sangat padu
  • Jenama Premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan)

4. Sos Tiram Tiruan Sayuran

  • Tiada langsung ekstrak tiram dan digantikan dengan serbuk cendawan (1%) serta perasa sahaja
  • Sebab tu sesuai untuk Vegetarian
  • Jenama Sos Berperisa Tiram Sayuran Lee Kum Kee, Taste-Me

5. Sos Berperisa Tiram Ekonomi

  • Kandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau tiada langsung, sekadar perasa dan kicap serta pemekat sahaja
  • Harga sangat murah dan dijual dalam tong 3 atau 5 kg
  • Jenama Puteri, Emos, HTH

Sekarang dah tahu nak beli sos tiram yang mana satu kan? Jika kandungan berbeza, harga juga berbeza. Jadi belilah mengikut citarasa, budget dan tujuan masakan masing-masing.

Sumber: Chef Amer

Baca juga: Ini 10 Jenis Pasta Yang Korang Kena Tahu Dan Cara Memasak Dengan Betul

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN