ayam kukus masak taucu pedas

Pernah makan Ayam Kukus Masak Taucu Pedas? Kalau dihidangkan makanan taucu, memang dalam kepala ikan masak taucu sahaja lah bermain di fikiran.

Tak tahu menahu pun bahawa masakan taucu ni boleh buat pelbagai lagi menu masakan yang sedap!

Untuk pengetahuan korang, lauk ayam kukus masak taucu pedas ini berasal dari etnik Teochew di China.

Baca juga: Cara Buat Chinese Congee, Enak Dimakan Bersama Ayam Kukus Halia & Cakoi

Tapi bila dah masuk Malaysia ini, lauk ini sudah banyak sajian di rumah kerana rasanya yang sedap itu.

Alang-alang tauchu ada banyak dekat rumah, dan pening fikir nak buat masakan apa. Boleh follow je resipi dari perkongsian Mary Teo Lee Na ini.


Resipi Ayam Kukus Masak Taucu Pedas

Lauk ini tak guna garam sebab dah guna kicap cair dan pati ayam. Tapi kalau nak letak pun tak apa.


Bahan-bahan:

  • Ayam
  • 1 biji bawang holland – cincang
  • 1 labu bawang putih – cincang
  • 6 cili merah – cincang
  • 1 sdb taucu
  • 1sdb kicap cair
  • 1sdb minyak bijan
  • 1sdb sos tiram
  • 2 sdk serbuk pati ayam
  • Sedikit lada sulah

Cara-cara penyediaan:

1. Gaulkan ke semua bahan tadi dengan ayam.

2. Selepas semua bahan dah serap dalam ayam, masukkan ke dalam dulang dan kukus selama 40 minit.

3. Sudah 40 minit, boleh angkat dan siap untuk dihidang.


Siap! Mudah je kan nak buat lauk ini, sesuai untuk korang yang nak diet dan kurangkan kalori dalam makanan.

Lagi sedap kalau makan time tengah panas-panas bersama nasi fuhh nikmat betul.

Selamat mencuba semua.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN