resepi kari udang

Jom cuba resepi kari udang bersama bendi ini. Rasanya memang padu dan sangat menyelerakan.

Resipi ini bukan saja mudah disediakan, namun boleh memikat selera suami dan anak-anak. Mereka dijamin makan bertambah!

Oleh itu, siapa yang sedang mencari idea untuk memasak menggunakan lauk udang, jangan lupa untuk cuba resipi ini.

Baca juga: Resipi Kari Ayam Padu Dari Biasa, Rupanya Kena Perap Dengan Bahan Rahsia

RESEPI KARI UDANG DAN BENDI

resepi kari udang

Bahan-bahan:

  • 10-12 batang bendi
  • 300 gram udang (bersaiz sederhana)
  • 2 batang daun kari
  • 3 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • ½ biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 cm halia (ditumbuk)
  • 1 batang cili merah
  • 1 batang cili hijau
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 300-400 ml air
  • ½ kotak kecil santan
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika suka)
  • Minyak masak

P/S: Rempah kari dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes.

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih serta halia sehingga sedikit keperangan.
  2. Masukkan daun kari dan bawang besar, masak sehingga keperangan.
  3. Masukkan serbuk kari, masak sehingga pecah minyak (kurangkan sedikit api dapur dan pastikan rempah masak dengan betul).
  4. Apabila rempah sudah masak, masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Biarkan sebentar.
  5. Masukkan udang dan biarkan masak seketika.
  6. Masukkan santan yang telah dibancuh dengan air, kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa (jika suka).
  7. Masukkan bendi, tomato, cili merah dan cili hijau. Biarkan merenih dan masak hingga semuanya sempurna.
  8. Setelah masak, tutup api dan taburkan daun ketumbar (jika suka).

Sumber: Nurul Ateekah

Baca juga: Resipi Kari Ikan Merah, Rupanya Ada Rahsia Kuah Wangi & Berlinang Elok

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN