Sambal Kicap Soto

Kategori: Asian, Masakan Cina
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resepi ibu


Bahan-bahan diperlukan:

  • 200g cili api hijau
  • 1 botol kicap manis cap kipas udang
  • 2 labu bawang putih
  • 4 senduk minyak
  • 1/2 st garam
  • gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak,goreng bawang putih hingga kekuningan,angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yg sama, goreng cili api hingga masak. Peringatan : kuali mesti ditutup semasa goreng cili api sbb meletup2 semasa digoreng. Lepas 8-10minit atau hingga cili api tdk meletup lagi,boleh lah diangkat.
  3. Biarkan sejuk seketika. Kemudian ambil bawang putih dan cili api yg telah digoreng tadi utk diblend. Masukkan juga garam,gula,kicap manis dan sedikit air.
  4. Rasa masin & manisnya,adjust mengikut kehendak masing2. Air perlu diagak2 jgn terlalu byk jika tidak sambal kicap jadi terlalu cair.
  5. Disimpan di dalam balang kaca di dalam peti sejuk utk tahan lebih lama. Sedap makan dengan pisang atau keledek goreng dan juga soto.

Leave a comment