nasi minyak kenduri

Rindu nak makan nasi minyak kenduri? Nasi minyak merupakan menu yang cukup sinonim dengan masjlis kenduri. Namun disebabkan oleh pandemik yang melanda negara sekarang telah membataskan segalanya.

Jadi apa kata buat masa sekarang jom cuba buat sendiri nasi minyak di rumah dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Noratiqah Nordin di bawah.

Selepas ini tak perlu tunggu majlis kawin orang dah, bila-bila masa sahaja boleh makan nasi minyak kalau dah pandai buat sendiri. Semoga bermanfaat ya!

Resipi Nasi Minyak Kenduri Sedap Berlemak

Bahan-bahan:

  • 2 sudu minyak sapi
  • 2 sudu margerin
  • 4 serangkai
  • 2 bawang merah dihiris
  • Seinci halia
  • 1 tin susu cair
  • 4 pot beras
  • 5.5 pot air
  • Garam
  • Pewarna sikit untuk cantik saja

Cara-cara:

1. Masukkan margerin dan minyak sapi.

2. Masukkan empat serangkai.

3. Masukkan bawang merah yang dah dihiris.

4. Masukkan halia yang dihiris.

5. Masukkan air.

nasi minyak kenduri

6. Masukkan susu cair.

7. Masukkan garam.

8. Basuh beras basmathi dan toskan. Ika pakai beras pusa.

9. Masukkan semua bahan yang kita masak tadi ke beras.

10. Titik-titikkan pewarna semasa nasi sedang dimasak dan semasa panas supaya warna lebih cantik.

nasi minyak kenduri

11. Makan bersama acar dan ayam masak merah.

nasi minyak kenduri

Kredit: Noratiqah Nordin

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Nasi Butter Ala KFC, Buat Sendiri Puas Hati Anak-Anak Makan