ikan pari bakar

Sedap betul kalau dapat makan ikan pari bakar ni dengan nasi panas kan. Nyum nyum!

Antara lauk yang sesuai dimakan bersama dengan ikan pari ni, biasanya sayur kalian ikan masin, atau kangkung belacan.

Hidangkan ikan bakar dnegan sambal kicap pedas dengan daun kesum dan bawang. Memang layanz! Jangan lupa buat juga sotong dan udang goreng tepung.

Baca juga: Cabai Picit, Sambal Ringkas Tapi Padu. Pekena Dengan Ikan Bakar & Ulam Lagi ‘Umphh’!

Makan rangup-rangup masukkan dalam setiap suapan bersama ikan pari bakar kita. Marvellous!

Jom ikuti perkongsian resipi dari Erma Azizie ini.

Resipi Ikan Pari Bakar


Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan pari sedang (potong 2)
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 batang cili kering (buang biji dan rebus)
  • 3 batang cili besar
  • 4 batang cili padi
  • garam
  • gula
  • serbuk perasa
  • asam keping
  • daun limau purut (mayang halus)
  • daun kunyit (mayang halus) (buang urat tengah ye)
  • daun pisang
  • aluminium foil

Cara perap ikan pari:

1. Mula-mula sekali, cuci bersih ikan pari. Potong kepada dua bahagian je. Jangan terlalu kecil.

2. Kemudian kisar bawang besar, bawang putih, cili kering, cili besar dan juga cili padi. Kisar bahan-bahan ni sambai hancur.

3. Seterusnya, panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis semua bahan tadi sehingga wangi dan sedikit garing.


4. Dah naik bau tu, boleh masukkan asam keping, garam, gula dan juga serbuk perasa. Gaulkan seketika.

5. Masukkan pula daun limau purut dan juga daun kunyit. Gaulkan sebati supaya semua bahan masak sekata.

6. Rasa semua dah okay, padamkan api.

Cara bakar:

1. Sediakan aluminium foil dan lapikkan dengan daun pisang.

2. Ambil sambal sikit letakkan atas daun pisang. Kemudian letakkan ikan.

3. Ambil sambal lagi dan letakkan di bahagian atas ikan pula.

4. Balut kemas-kemas dan boleh bakar sampai ikan masak. Boleh bakar guna oven, air fryer dan pemanggang ajaib pun boleh.

5. Bila ikan dah masak, sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba~


Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN