ayam goreng cornflakes

Mari cuba buat ayam goreng cornflakes rangup ini. Anak-anak tentunya suka versi resipi ayam goreng yang ini. Baru tahu yang cornflakes ini bukan saja sedap dibuat biskut atau makan begitu saja, tapi boleh juga dijadikan sebagai bahan untuk masakan bergoreng. 

Ayam goreng tepung sudah tentunya menjadi kegemaran ramai. Sebenarnya mudah sahaja menghasilkan ayam goreng ‘berkerak’ tetapi perlu menggunakan bahan dan teknik yang betul.

Baca juga: Rahsia Ayam Goreng SEDAP Sampai Ke Tulang, Lelaki Kongsi Tip

Ikuti perkongsian Khadijah Jaafar di bawah untuk mendapatkan ayam goreng rangup dan juicy isinya. Makan cicah sos pun memang nikmat!

RESIPI AYAM GORENG CORNFLAKES RANGUP

ayam goreng cornflakes

Bahan-bahan:

  • 2 keping dada ayam atau bahagian ayam lain
  • 2 cawan cornflakes – dihancurkan
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan buttermilk (1/4 cawan susu segar + 1/4 sudu kecil cuka)

Bahan perap:

  • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1/4 sudu kecil paprika atau serbuk cili
  • 1/4 sudu kecil oregano
  • 1/4 sudu kecil serbuk ayam
  • Garam secukup rasa

Bahan tepung:

  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1/2 sudu kecil paprika atau serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil serbuk ayam
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

ayam goreng cornflakes

1. Masukkan buttermilk. Jika tiada buttermilk, campurkan susu segar dan cuka. Gaul rata. Tujuan masukkan buttermilk supaya ayam lembab.

2. Untuk perapan ayam, campurkan buttermilk, ayam, dan bahan perap. Biarkan dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam.

3. Campurkan bahan tepung dalam mangkuk.

4. Celup ayam ke dalam tepung.

5. Dalam mangkuk lain, pecahkan dan pukul telur.

6. Celup ayam ke dalam telur.

7. Golekkan ayam dalam cornflakes. Ulang langkah sehingga ayam habis.

 

8. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ayam. Supaya ayam lebih rangup. Goreng sehingga masak.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Khadijah Jaafar

Baca juga: Ayam Goreng Ala Upin Ipin, Ini RAHSIA Buat Bancuhan Tepung Menggoreng

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN