jeruk cili

Rasanya tidak lengkap tiada cili jeruk rangup bila nak makan mi sup, kuew tiaw goreng atau masakan panas lain, ini yang menambahkan selera sampai habis satu mangkuk pun tak sedar.

Biasanya, kalau nak makan cili jeruk ini, hanya ada di kedai-kedai makan sahaja. Nak buat sendiri, bimbang tak kena cara atau tak jadi.

Baca juga: 5 Jenis Cili Kering Dan Tahap Kepedasannya, Baru Senang Nak Mencili!

Sebenarnya, boleh sangat kalau nak buat cili padi jeruk di rumah. Rajin atau tidak. Kalau buat, dapatlah banyak dan boleh simpan buat stok.

Buat penggemar cili jeruk ini, Wan Sabariyah Wan Amit ada berkongsi resipi dan cara nak buat. Tak adalah susah sangat pun. Nanti boleh cuba kat rumah. Jom kita lihat.


RESIPI CILI JERUK RANGUP KRUP KRAP

cili jeruk

Bahan-bahan:

  • 30 batang cili padi
  • Kapur sireh
  • Cuka makan
  • Gula
  • Garam

Cara-caranya:

1. Buang dahulu semua tangkai cili supaya tak berselerak bila nak dijadikan jeruk dan cuci bersih.

2. Kemudian, rendam sebentar dengan air kapur kira-kira dalam 30 minit. Lepas rendam air kapur tersebut kita buang dan bilas bersih cilinya. Kapur yag kita guna ini adalah agen untuk merangupkan cili kita tadi.

3. Celur cili dalam air yang mendidih sehingga layu. Toskan cili dan ketepikan seketika. 

4. Didihkan air, cuka, gula dan garam. Sejukkan sebentar. Kena didihkan dan masak dulu air cuka supaya cili jeruk kita tahan lama dan tidak berkulat.

5. Bila cuka tadi kita dah sejukkan, masukkan air cuka dan cili padi yang telah sejuk ke dalam botol dan boleh la disimpan dalam peti sejuk. Dah capai tempoh matang jeruk bila dah seharian, boleh dimakan bersama mi sup atau kuew tiaw.


Siap untuk dimakan! Terkelip-kelip mata kesedapan makan bersama cili jeruk ini. Yang duduk kampung lagi seronok. Pergi je kebun, pergi je belakang rumah dah dapat petik cili padi ini. Siap boleh bagi jiran sebelah. Hiks!

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN