Mi Jawa

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Mi Jawa?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A (Kuah)
  • 3 ulas bawang putih 
  • 5 biji bawang merah 
  • 3 batang serai 
  • 2 inci halia 
  • 1 inci lengkuas 
  • ½ cawan udang kering 
    (Semua bawang putih, bawang merah, serai, halia, lengkuas & udang keris dikisar halus)
  • 3 sudu makan serbuk kari daging 
  • 2 sudu makan cili kisar 
  • ½ kg keledek (Direbus dan dikisar) 
  • Air rebusan daging secukupnya 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • 1 sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa
Bahan B
  • 1 paket mi kuning (Dicelur) 
  • ½ kg daging (Direbus) 
  • 1 cawan tauge (Dibuang akar) 
  • 2 tangkai daun bawang (Dihiris)
  • 5 biji cili merah (Dihiris)
  • 3 keping tauhu goreng (Dihiris nipis) 
  • 3 biji telur rebus (Dipotong 2) 
  • 3 biji limau nipis (Dipotong kecil) 
  • Sedikit bawang goreng

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebuskan daging dengan sedikit halia dan garam sehingga lembut. Hiriskan nipis. 
  2. Bagi membuat kuah, panaskan minyak masak di dalam periuk. Kemudian tumiskan bahan yang dikisar, serbuk kari dan cili kisar sehingga garing. 
  3. Masukkan keledek kemudian tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang dimahukan. 
  4. Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Biarkan hingga kuah mendidih dan pekat. 
  5. Angkat dan hidangkan bersama bahan B.

Leave a comment