Lempeng Kelapa

Kategori: Resipi Ringkas, Makanan Sihat
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Emak selalu buat untuk sarapan pagi...cicah dengan sambal tumis bilis. Ump, terangkat!


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 cawan tepung - (anggaran saja)
  • 1 cawan kelapa parut
  • Air - ikut kepekatan
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Satukan kesemua bahan, jangan terlalu pekat atau cair. Agak-agak macam buat cekodok.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tuangkan adunan ke dalam dan tutup sebentar, supaya lempeng itu masak sekata. Sudah masak angkat dan hidangkan dengan sambal tumis.

Leave a comment