sambal belacan kedai siam

Setiap kali makan kat kedai Thai, pasti ada set lengkap dengan sambal belacan dan sup kosong. Makan tomyam dengan telur dadar pun memang wajib ada sambal belacan kedai siam ni.

Cikgu Afy AL Habibi ada berkongsikan resipinya yang anda boleh cuba di rumah. Kalau rajin, boleh buat banyak-banyak simpan stok dalam peti ais. Jom baca perkongsiaannya di bawah.

RESIPI SAMBAL BELACAN KEDAI SIAM

1. Sediakan bahan-bahan di bawah:

  • Segenggam cili padi merah + hijau
  • 1/2 biji bawang merah (saiz besar)
  • 1/4 keping kecil nisse / gula melaka
  • 1 labu bawang putih jeruk
  • 2 inci belacan

2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar. Tambahkan:

  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar gula
  • Secubit dua ajinomoto
  • Sedikit air masak (jangan letak banyak. Nanti cair sangat)

* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*

3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.

Rahsianya nak hasilkan rasa serupa seperti di kedai Siam, bawang dan belacan tak bakar macam sebelum ini.

Betul-betul sedap! Selamat mencuba.

Kredit: Cikgu Afy Al Habibi

Baca juga: Tukang Masak Thai Dedah Rahsia Telur Dadar Yang Rangup & Gebu, Sebijik Sama Macam Di Kedai!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN