cream puff creamy

Terasa nak buat pencuci mulut yang ringkas dan mudah? Anda boleh cuba buat Cream Puff Creamy yang sedap dan kurang manis ini.

Sesuai untuk anda yang tidak berapa menggemari makanan yang manis. Makan banyak pun takkan muak.

Yang lagi best, rasa inti dia sama macam aiskrim vanilla. Jom cuba buat menggunakan resipi di bawah.

RESIPI CREAM PUFF CREAMY

cream puff creamy

Bahan A:

  • 250g air
  • 100g butter
  • 1 sb gula
  • Sedikit creamy vanilla

Bahan B:

  • 125g tepung gandum

Bahan C:

  • 3 biji telur gred A

Cara-cara:

  1. Didihkan bahan A sampai menggelegak sehingga butter betul-betul cair.
  2. Masukkan bahan B. Kacau laju-laju supaya tepung rata. Masak sampai seakan menjadi doh.
  3. Masukkan dalam mangkuk. Kemudian masukkan bahan C satu persatu, kacau sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Paipkan atas loyang, jarakkan sedikit puff jangan terlalu rapat. Spray dengan air untuk membantuk puff naik elok.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 200-220℃ selama 30 minit bergantung pada oven masing-masing.
  6. Sejukkan dan paipkan inti.

RESIPI INTI CREAMY CUSTARD

Bahan A:

  • 300g susu full krim
  • 40g gula
  • 30g tepung kastard
  • Creamy vanilla

Bahan B:

  • 300g non dairy whipping cream

Cara-cara:

  1. Masak bahan-bahan A sehingga pekat likat. Kacau sentiasa supaya tidak berketul.
  2. Kemudian sejukkan sehingga betul-betul sejuk, boleh masukkan dalam chiller.
  3. Dalam mangkuk lain, pukul bahan B sehingga kental. Kemudian masukkan bahan A, kacau sampai sebati.
  4. Masukkan ke dalam piping bag, paipkan ke dalam puff tadi.
  5. Selamat mencuba!

cream puff creamy

Kredit: Chinta Arabella

Baca juga: Tak Perlu Peram, Ini Dia Resipi Kek Gula Hangus ‘Confirm’ Jadi Guna Sukatan Cawan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN