teh o

Nikmat sungguh kalau berbuka nanti dapat minum air yang sejuk dan menyegarkan tekak seperti Teh O Sparkling Fruit Punch ini.

Memang nikmat bila dapat minum setelah seharian menahan dahaga, tambah lagi dalam cuaca panas yang menyebabkan kering tekak.

Gabungan rasa manis, masam limau kasturi dan air sparkling yang bergas sangat refreshing! Kalau nak lagi padu, letakkan dalam freezer sebelum diminum. 

Baca juga: Resipi Air Chrysanthemum Pudina Asam Boi, Sangat Nikmat & Nyaman Bila Minum!

TEH O SPARKLING FRUIT PUNCH

Bahan-bahan yang diperlukan:

– 2 sudu serbuh teh BOH cold press
– 300ml air
– 3 biji jus blackberries
– 2 atau 3 sudu makan gula perang organik
– Hirisan oren 1 biji
– 2 biji asam limau kasturi (buang biji)
– 300 hingga 400 ml air mineral sparkling Spritzer
– Ais

Cara-cara penyediaan:

1. Reneh 2 sudu serbuk teh BOH cold press dengan 300 ml air sampai mendidih. Bila dah mendidih, tapiskan.

2. Perah 3 biji jus blackberrie yang bewarna pink ke arah purple, letak 2-3 sudu makan gula perang organik.

3. Masukkan juga hirisan oren 1 biji, perah 2 asam limau kasturi dan masukkan limau kasturi dibuang biji.

4. Letak 300-400 ml air mineral sparkling Spritzer. Tambah ais dan siap untuk masuk dalam freezer selama 1 jam 30 minit.

teh o

Kredit resipi dan gambar: Ben Safwan

Baca juga: Air Anggur Laici Ini Memang ‘Perfect’ Untuk Hilangkan Dahaga, Segar Tekak Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN