Project Description

Jangan risau kalau masih ada lebihan hidangan Raya! Resipi Ketupat Goreng ni kan ada 😉

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ketupat Nasi Goreng

Jangan risau kalau masih ada lebihan hidangan Raya! Resipi Ketupat Goreng ni kan ada 😉

BAHAN-BAHAN

  • Ketupat nasi (dipotong)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 bawang besar (dikisar) 
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 8 – 10 ekor udang
  • 1 keping tauhu 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar sos cili 
  • 1 sudu besar kicap manis 
  • 1 biji telur 
  • Daun bawang 
  • Garam 
  • Minyak 
CARA PENYEDIAAN
    1. Goreng tauhu sehingga garing dan angkat.
    2. Goreng udang dan angkat. 
    3. Panaskan minyak dan tumis pes bawang. 
    4. Masukkan cili kisar dan teruskan tumis. 
    5. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap, dan garam. Kacau. 
    6. Masukkan telur dan setelah hampir masak, hancur-hancurkan. 
    7. Masukkan ketupat dan gaul sehingga rata. 
    8. Masukkan udang dan tauhu yang telah digoreng, dan daun bawang. Gaul. 
    9. Tutup api dan hidang!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.