Kerabu Peria Hijau

Kategori: Nusantara, Masakan Thai
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Peria Hijau?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 biji peria (saiz besar) 
  • 1 inci halia muda 
  • 3 sudu makan udang kering 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 biji cili merah 
  • 2 sudu makan jus limau nipis
  • ½  sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Peria dibelah 2 dan buang biji tengahnya. Hiris nipis. 
  2. Halia muda dihiris kecil seperti batang mancis. 
  3. Tumbuk sehingga hancur udang kering, bawang besar, dan cili merah. 
  4. Masukkan peria, halia muda, bahan yang ditumbuk, jus limau nipis, gula, dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata. 
  5. Sedia dihidangkan.

Leave a comment