Gulai Kunyit Lengkuas

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Gulai Kunyit Lengkuas?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan rambai 
  • 10 biji cili api 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 1 inci lengkuas 
  • 3 biji bawang merah 
    (Semua cili api, kunyit hidup, lengkuas & bawang merah dikisar bersama)
  • 2 cawan santan pekat 
  • 5 biji belimbing buluh 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. kerat dua dan bersihkan ikan dengan limau. Kemudian bilas dan 
    tuskan. 
  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar 
    sehingga masak dan pecah minyak. 
  3. Masukkan santan, belimbing buluh dan ikan. Biarkan mendidih. 
  4. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih dan ulaman.

Leave a comment