Muffin Coklat

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resepi yang mudah. Tak payah pukul sehingga kembang. Cuma gaul sehingga sebati.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 200g coklat masakan
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Antara bahan-bahan yang diperlukan:
    Open uri20151010 29872 1g898nd
  2. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler".
    Open uri20151010 29872 1ywmxrh
  3. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
    Open uri20151010 29872 y53ryg
  4. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik (kembang).
    Open uri20151010 29872 1gc9d2s
  5. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
    Open uri20151010 29872 1w22l1w
  6. Ayakkan tepung dan serbuk penaik ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
    Open uri20151010 29872 ltfoii
  7. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
    Open uri20151010 29872 9nbi2n
  8. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit (sebab hanya sedikit tepung yang digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Leave a comment