Apam Coklat

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Pastri (Roti & Kek)
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resipi sendiri.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 biji telur ayam
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu manis
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air mendidih
  • 2 cawan tepung kek
  • 4 sudu makan serbuk coklat
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Ayak tepung bersama serbuk coklat, serbuk penaik dan soda bikarbonat.
  2. Putar telur bersama gula hingga kembang.
  3. Masukkan susu manis dan kacau lagi.
  4. Masukkan minyak masak.
  5. Masukkan bahan 1 dan kacau.
  6. Akhir sekali, masukkan air panas mendidih dan kacau.
  7. Sapu loyang kukus dengan minyak supaya tidak melekat.
  8. Isikan adunan dalam bekas pengukus dan kukus.
  9. Saya selalu guna mangkuk untuk kuih lompang untuk kukus. Dalam 10 minit sudah masak, kalau guna bekas yang besar lambat sikitlah baru masak.

Leave a comment