Maggi Royale Korean Spicy Braised Beef dengan Daging Panggang

Kategori: Resipi Ringkas, Eksotik
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Mee korea ini terasa seperti "homemade" pulak apabila dihidangkan bersama daging panggang. Ini rangkaian perisa terbaru dari Maggi dipanggil Maggi Royale Korean Spicy Braised Beef.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 peket Maggi Royale Korean Spicy Braised Beef
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 8-10 batang snow peas
  • 1-2 sudu besar minyak masak
  • 800ml air
  • untuk daging panggang
  • 200g daging batang pinang
  • 1 sudu besar Maggi Secukup Rasa
  • 1 sudu besar Sos Tiram Maggi
  • 1 sudu kecil madu
  • 1 sudu kecil kicap pekat manis
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Hiris daging nipis-nipis. Kemudian perap dengan semua bahan lain selama 10 minit
  2. Panggang daging sehingga masak. Ketepikan.
    Open uri20151010 29872 eoyxfp
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan air, masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan Maggi Korean Spicy Braised Beef bersama perencahnya dan juga snow peas. Padamkan api dan tutup periuk. Biarkan 3-4 minit sebelum dihidangkan.
  5. Hidangkan mee bersama dengan daging panggang tadi.
    Open uri20151010 29872 lwper0

Leave a comment