Kerang merupakan antara makanan laut kesukaan ramai kerana teksturnya yang kenyal dan rasanya yang enak. Tapi tak ramai tahu tentang tips rebus kerang yang betul.
Selain ditambah dalam masakan, kerang boleh dijadikan sebagai antara makanan wajib diamalkan bagi yang ingin tambahkan darah.
Tapi sesetengah orang tak tahu cara merebusnya sampaikan mengambil masa begitu lama kerana takut ia berbau hanyir ketika dimakan.
Jika anda merebusnya dalam waktu yang lama, bukan saja isinya menjadi kecut dan liat, malah nutrisinya juga hilang dibuatnya.
Baca juga: Tak Perlu Guna Air, Ikut Cara Rebus Kerang Ini Supaya Isi Lembut & Tak Berair
Sebenarnya ada banyak lagi cara menarik yang anda boleh gunakan untuk merebusnya dengan betul.
Tapi jika nakkan isi yang padat, lembut dan tak liat, anda gunalah tips rebus kerang yang dikongsikan oleh Ibu Azzah melalui video di Tik Tok ini.
TIPS REBUS KERANG DALAM 1 MINIT
1. Mula-mula, rebuskan air sehingga mendidih terlebih dahulu.
2. Kemudian, masukkan kerang yang telah dibersihkan ke dalam air yang mendidih.
3. Selepas itu, terus tutup periuk dengan penutup periuk dan rebuskan selama 1 minit.
4. Cukup 1 minit, terus tutup api, dan bolehlah diangkat dan ditoskan airnya.
Kami yakin anda akan terkejut dengan hasil daripada tips rebus kerang ini. Walaupun tak ambil masa lama, tapi isi kerangnya sangat berjus, lembut dan tak liat.
Daripada rebus lama-lama tapi dapat hasil tak memuaskan, lebih baik guna tips rebus kerang dalam masa 1 minit ini. Sekejap saja sudah siap!
Selepas itu, bolehlah anda gunakan kerang yang telah direbus tadi untuk hasilkan hidangan lain yang lazat buat seisi keluarga.
Dengan isi kerang yang gemuk dan berjus, sesiapa saja akan tergoda untuk memakannya. Lebih sedap jika dicicah dengan air asam, sos Thai atau sambal kicap.
Selamat mencuba!
Sumber: Ibu Azzah
Baca juga: Tip Rebus Kerang Isi Gemuk Dan Cantik, Tiada Bau Hamis Guna Cara Ini