lauk frozen

Menyediakan hidangan harian boleh menjadi cabaran, terutamanya bagi yang sibuk bekerja. Salah satu cara mudah adalah dengan menyediakan lauk frozen dan panaskan pada bila-bila masa.

Lauk sejuk beku ini dapat menjimatkan masa ibu-ibu yang bekerja. Apabila pulang ke rumah, hanya perlu panaskan lauk dan masak nasi putih.

Selain itu, lauk sejuk beku ini juga boleh dibuat sempena bulan Ramadan. Ia sangat berguna apabila terlambat bangun untuk sahur atau pulang lewat dari kerja.

Namun, terdapat langkah-langkah penting untuk memastikan lauk frozen kekal berkualiti dan selamat dimakan.

Baca juga: Cara Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Ikut Petua Ini Dijamin Berkesan!

TIP SIMPAN & PANASKAN LAUK FROZEN

Cara Simpan Lauk Sejuk Beku

lauk frozen

1. Masak lauk seperti biasa sebelum membekukannya

Frozen di sini bukan bermaksud lauk yang tak habis dimakan dan disimpan untuk digunakan semula. Lauk yang kita bekukan sepatutnya adalah lauk yang baru dimasak. Jika kita membekukan sisa lauk yang tidak habis, rasanya mungkin akan berubah setelah dipanaskan semula.

2. Elakkan membekukan lauk yang telah didefrost

Setelah lauk dikeluarkan dari peti sejuk beku dan didefrost, pastikan tidak membekukannya semula. Ini boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan merosakkan kualiti makanan.

3. Bahagikan lauk mengikut kuantiti makan

Sebaiknya, masak lauk dalam jumlah yang sesuai dan letak ke dalam bekas yang sesuai untuk sekali makan sahaja. Pastikan makanan betul-betul sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas. Setelah itu, simpan dalam peti sejuk beku untuk mengekalkan kualitinya.

4. Ketahanan lauk sejuk beku

Lauk frozen boleh tahan sehingga 6 bulan jika disimpan dengan cara yang betul.

Cara Panaskan Lauk Sejuk Beku

1. Menggunakan microwave

Defrostkan lauk terlebih dahulu, kemudian panaskan dalam microwave selama 3 hingga 5 minit. (Nota: Walaupun tidak digalakkan menggunakan aluminium foil dalam microwave, saya biasanya menggunakan foil untuk penyimpanan yang lebih lama. Sebelum dipanaskan, saya akan alihkan lauk ke dalam mangkuk atau pinggan yang sesuai untuk microwave.)

2. Jika tiada microwave, gunakan kaedah kukus

Jika tiada microwave, kita boleh kukus lauk tersebut. Kaedah kukus ini tidak akan mengubah rasa lauk berbanding dengan menggoreng atau memasak semula dalam kuali.
Dengan tips ini, anda dapat menyimpan lauk lebih lama dan memudahkan urusan memasak harian. Selamat mencuba!

Sumber: Nurafira Farahin Jailani

Baca juga: Beza Asam Keping Hitam & Perang, Jangan Salah Pilih Nanti Masakan Kurang Kick!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN