cara cuci belakang kuali

Cuba lihat bahagian belakang kuali di rumah, mungkin ada yang berkarat atau banyak kerak. Jika begitu, sudah sampai masanya untuk anda gunakan cara cuci belakang kuali ini.

Terdapat pelbagai jenis dan bentuk kuali yang sering digunakan untuk memasak dan ia telah menjadi salah satu peralatan yang wajib ada di dapur sejak dulu lagi.

Setelah digunakan banyak kali, pasti bahagian belakangnya kotor dan berwarna hitam. Kotoran seperti ini agak sukar dibersihkan dengan sabun dan air saja.

Nampak saja kuali kotor dan berkarat, terus terfikir nak beli baru. Sebenarnya, ada cara yang lebih efektif untuk bersihkan bahagian belakang kuali yang berkerak di rumah.

Jadi, anda perlukan sesuatu bahan sebagai tambahan untuk tanggalkan kotoran pada bahagian belakang kuali ini. Tak susah pun nak bersihkannya, malah bahannya pun mudah dicari.

Jangan risau jika kuali di rumah kotor di bahagian belakangnya. Gunakan saja cara cuci belakang kuali ini, hasilnya cukup puas hati tanpa perlu disental. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Bersihkan Kerak Cawan Dengan Berkesan, Bersih Macam Baru Beli!

CARA CUCI BELAKANG KUALI

cara cuci belakang kuali

Bahan-bahan:

  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil cuka
  • Sabun pencuci pinggan mangkuk

Cara-cara bersihkan:

1. Mula-mula, campurkan soda bikarbonat, cuka dan sabun pencuci pinggan mangkuk dalam satu bekas.

cara cuci belakang kuali

2. Ambil berus dawai dan gunakan campuran sabun tadi, kemudian gosok bahagian belakang kuali.

3. Selepas itu, ulang 2 hingga 3 kali sampai bersih dengan puas hati.

Setelah menggunakan cara cuci belakang kuali ini, anda akan terkejut dengan hasilnya yang begitu bersih dan berkilat. Oleh itu, tak perlulah beli kuali baru lagi selepas ini.

Dapat tahu cara begini, bolehlah bantu bersihkan kuali untuk mak mentua pula. Kami yakin apabila mereka lihat kuali di dapur sudah bersih, pasti puas hati dan puji melambung nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Syamili Majid

Baca juga: Cara Cuci Kuali Non-Stick Supaya Tak Cepat Rosak, Hasilnya Lebih Tahan Lama!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN