pembeli bengang

Baru-baru ini tular di media sosial apabila ada beberapa pembeli bengang kerana mendakwa mendapat donat tiruan. Itulah yang terjadi dalam kes ‘donat palsu’ yang terjadi di Pasar Malam Bachok, Kelantan.

Pelbagai cara digunakan oleh peniaga untuk meningkatkan jualan. Selain daripada menggunakan promosi, peniaga juga menggunakan kreativiti dalam menghasilkan makanan. Apabila terdapat inovasi yang dibuat, makanan tersebut akan mula menjadi popular dan menarik perhatian ramai.

Baca juga: Gara-Gara Curi Secawan Kopi RM5.47, Pengetua Dibuang Kerja Dan Hilang Pencen

Jika makanan tersebut sedap dan berkualiti setimpal dengan harganya, tiada masalah. Tetapi, jika inovasi yang dilakukan tidak setimpal dengan harga, dengan jelas peniaga hanya ingin mencari keuntungan semata-mata.

Pembeli Bengang Kerana Diberi Donat Tiruan

pembeli bengang

Beberapa hantaran di media sosial mendedahkan bahawa peniaga donat didakwa tidak jujur dengan menjual roti burger yang dijadikan ‘donat’.

Roti burger tersebut dilaporkan dipotong, dibuat bulatan di tengah, dan digunakan sebagai donat. Kemudian, ia dicelup dengan pelbagai perisa dan ditabur dengan pelbagai hiasan.

Selain itu, seorang wanita juga mengalami situasi serupa. Setelah mendapati ‘donat’ yang diterimanya sebenarnya adalah roti burger, dia bertanya kepada peniaga berkenaan. Namun, peniaga tersebut menafikan dakwaan bahawa donat tersebut adalah roti burger.

Pekerja Gerai Menafikan Penjualan Roti Burger Ditebuk

Menerusi laporan Kosmo!, pekerja sebuah gerai donat itu menafikan dakwaan beberapa penghantaran tersebut. Menurutnya, donat tersebut dibakar terlebih dahulu, bukan digoreng seperti biasa.

“Donat tersebut bukanlah roti burger yang dipotong, tetapi memang donat yang dibakar. Adunan roti dibuat dengan membuat lubang sebelum dibakar.

“Apa yang dinyatakan oleh orang ramai adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Sementara itu, beberapa pembuat kuih dan kek juga mengecam tindakan peniaga yang menjual donat, yang dipercayai sebagai ‘donat tiruan’. Menurut mereka, adunan dan acuan roti sudah membezakan antara donat dan roti burger.

Sumber: Menarik Kelate Kito, Fatimah Mulyati, Kosmo!

Baca juga: “Mata Kasar Tak Nampak” – Tanda Kedai Makan Guna Pelaris, Ustazah Ini Kongsi Cara

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN