cara elak nasi basi

Kadangkala selepas masak nasi, tak sampai sehari ia sudah menjadi basi. Sebenarnya, ada cara elak nasi basi dengan cepat yang perlu anda ikut supaya ia tahan lebih lama.

Pelbagai punca nasi cepat basi seperti periuk nasi, beras, keadaan persekitaran dan banyak lagi. Tak dinafikan, perkara ini boleh buat ramai kecewa dan tiada mood untuk memasak.

Oleh itu, kami kongsikan beberapa cara elak nasi basi ini yang cukup berguna untuk anda amalkan di rumah. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Nasi Mentah Jangan Dibuang, Rupanya Boleh Diselamatkan Dengan 5 Petua Ini

CARA ELAK NASI BASI DENGAN CEPAT

1. Jangan biar nasi terlalu lama dalam periuk dan terus basuh.

cara elak nasi basi

Ada yang tak sengaja biarkan nasi terlalu lama dalam periuk kerana terlupa pindahkan ke bekas lain. Akibatnya, nasi yang baru masak nanti boleh cepat basi.

Cara-cara:

  1. Paling penting, kena elakkan biar nasi terlalu lama dalam periuk nasi.
  2. Terus basuh periuk nasi dengan bersih sampai tiada saki baki nasi.
  3. Jangan lupa untuk basuh sekali penutup periuknya dengan bersih.

2. Guna beras berkualiti dan basuh sekurang-kurangnya 3 kali.

cara elak nasi basi

Jangan salahkan periuk nasi saja kerana jenis beras pun boleh jadi punca nasi cepat basi. Selain itu, cara basuh beras itu sendiri perlu diambil perhatian juga.

Cara-cara:

  1. Pastikan beras yang digunakan untuk masak nasi itu terjamin kualitinya.
  2. Basuh beras dengan bersih sampai hilang warna keruhnya.
  3. Ulang langkah 2 sekurang-kurangnya 3 kali atau lebih.

3. Perahkan sedikit limau nipis ke dalam beras.

Limau nipis adalah salah satu bahan penyelamat di dapur. Fungsinya bukan saja mampu menghilangkan bau, malah dapat mengelakkan nasi cepat basi.

Cara-cara:

  1. Guna sukatan air bersesuaian dengan kuantiti beras yang digunakan untuk masak nasi.
  2. Perahkan sedikit limau nipis ke dalam beras yang telah disukat airnya.
  3. Jangan risau, nasi takkan berubah rasa malah berbau wangi.

4. Panaskan periuk nasi di atas api dapur.

Jika tiada limau nipis, panaskan saja periuk nasi di atas dapur selama beberapa minit. Orang dulu-dulu biasanya guna cara ini untuk mengelakkan nasi cepat basi.

Cara-cara:

  1. Sebelum gunakan periuk nasi, panaskan di atas api dapur secara terbalik.
  2. Cara ini dapat membunuh bakteria yang ada pada periuk nasi.

Selepas guna cara elak nasi basi ini, hasilnya nasi akan jadi tahan lama. Nak pakai nasi untuk sediakan makan malam pun, tiada masalah.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Hans dari Pixabay, heyitsfatam dari Lemon8

Sumber: heyitsfatam

Baca juga: Cara Nak Masak Nasi Guna Beras Biasa, Hasil Sebiji-Sebiji Macam Pakai Beras Mahal

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN