PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-29 05:06:56

Teh Masala yang berasal dari India ini cukup popular kerana ramuannya yang unik. The susu ‘special’ ini dibancuh dengan segala kebaikan rempah-rempah untuk dinikmati. Bagi yang belum pernah merasa Teh Masala, apa kata korang cuba sendiri resipinya yang dikongsikan oleh Ravinder Kaur Joachim. Memang sedap, sebiji macam minum di kedai mamak! Jom cuba!


Kredit: Ravinder Kaur Joachim

 

Bahan-bahan:

  • 2 ke 3 liter air
  • 4 sudu besar daun teh Cameron highland
  • Bunga cengkih
  • Buah pelage
  • Jintan manis
  • Kayu manis
  • Halia seketul
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1 cawan susu segar
  • 4 sudu susu tepung
  • 2 sudu besar gula

 

Cara-cara:

  1. Panaskan air yang telah disediakan tadi ke dalam periuk dan masukkan daun teh cameron 4 sudu besar.


    Kredit: Ravinder Kaur Joachim
     

  2. Kemudian, masukkan bunga cengkih dah buah pelaga, jintan manis dan kayu manis.


    Kredit: Ravinder Kaur Joachim
     

  3. Selepas itu, ketuk halia lalu masukkan ke dalam periuk. Tunggu sehingga teh mendidih dan naik baunya.


    Kredit: Ravinder Kaur Joachim
     

  4. Sementara itu, masukkan susu tepung yang sediakan tadi ke dalam cawan lalu tuangkan sedikit air dan kacau hingga sebati.


    Kredit: Ravinder Kaur Joachim
     

  5. Kemudian masukkan susu segar, susu pekat serta 2 sudu besar gula dan kacau hingga sebati.


    Kredit: Ravinder Kaur Joachim
     

  6. Selepas itu, masukkan susu yang sudah siap dikacau ke dalam teh tadi. Kacaukan hingga sebati dan biarkan ia mendidih.


    Kredit: Ravinder Kaur Joachim
     

  7. Untuk ‘presentation’ yang cantik, tarik dulu sebelum dihidang seperti di kedai mamak.


    Kredit: Ravinder Kaur Joachim

Siap untuk diminum!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN