bahan kisar

Jika suka memasak, pasti anda ada buat stok seperti bawang kisar dan cili kisar untuk digunakan. Oleh itu, kami nak kongsikan cara simpan bahan kisar supaya tahan lama.

Setelah beli barang dapur yang banyak dan sampai di rumah, sudah menjadi kebiasaan untuk menyimpan terus barang-barang tersebut di dalam peti sejuk. Bukan apa, takut tak tahan lama.

Lebih-lebih lagi jika beli bahan seperti bawang merah, bawang putih, cili kering, halia dan sebagainya. Boleh dikatakan, semua bahan ini wajib digunakan untuk memasak di rumah.

Tanpa fikir panjang, ramai yang terus kisar dan simpan dalam peti sejuk. Jika silap cara, besar kemungkinan ia akan berkulat dan tak boleh digunakan lagi.

Ramai masih berdepan dengan masalah bahan kisar yang tak tahan lama walaupun ia disimpan dalam peti sejuk. Sebenarnya, anda perlu tahu cara menyimpan yang betul saja.

Bagi mengatasi masalah ini, kami kongsikan cara simpan bahan kisar yang dapat membantu ia jadi tahan lebih lama dalam peti sejuk. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Tips Simpan Sayur Kekal Segar Dalam Peti Sejuk, Tahan Walau Berminggu!

CARA SIMPAN BAHAN KISAR SUPAYA TAHAN LAMA

bahan kisar

1. Mula-mula, potong bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia supaya mudah dikisar, basuh dengan bersih dan toskan.

2. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia dengan minyak secara berasingan (saya tak campur air sebab bawang itu sendiri akan berair semasa kisar nanti). Paling penting, ia kena campur dengan minyak sekali dalam blender.

3. Setelah siap dikisar semuanya, masukkan bahan kisar ke dalam bekas masing-masing.

4. Akhir sekali, letak pure olive oil di atas bahan yang telah dikisar tadi dan boleh masukkan dalam peti sejuk.

bahan kisar

Tak dinafikan bahan kisar seperti bawang, cili dan halia memang penting di dapur. Senang cerita, hidangan rasa tak lengkap tanpa bahan-bahan ini.

Oleh sebab itu, penting untuk anda tahu tentang cara simpan bahan kisar ini dan kongsikan kepada mereka yang suka memasak kerana tips ini sangat berguna di dapur.

Semoga bermanfaat!

Sumber: iamiza

Baca juga: Cara Simpan Ikan Paling Mudah, Lebih Sebulan Pun Nampak Segar Lagi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN