cara pilih udang segar

Peminat udang mesti seronok jika dapat makan masakan udang yang sedap. Sebelum itu, anda perlu tahu cara pilih udang segar supaya ia tak lembik selepas dimasak nanti.

Udang telah menjadi makanan laut kesukaan ramai dan boleh dikatakan setiap kedai makan di Malaysia mempunyai pelbagai menu berasaskan udang yang lazat belaka.

Biasanya di pasar, ramai yang ambil saja udang tanpa melihatnya dengan teliti kerana bukan semua orang tahu tips untuk pilih udang yang segar dengan betul.

Jika anda salah memilih udang, masakan boleh jadi tak sedap dan membuatkan selera makan terus merundum. Akibatnya, nak makan hidangan di rumah pun rasa tak puas.

Oleh itu, kami kongsikan cara pilih udang segar ini supaya anda lebih puas hati untuk menggunakannya semasa memasak di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Pilih Dan Cara Rendam Bihun Mengikut Jenis, Hasil Cukup Puas Hati!

CARA PILIH UDANG SEGAR

1. Warna udang kelihatan segar dan tak pucat.

cara pilih udang segar

Udang yang segar mempunyai warna dan bau yang segar. Selain itu, ia tak mengeluarkan bau hanyir yang tajam dan boleh menusuk hidung. Jadi, elakkan pilih udang yang berbau busuk.

2. Badan udang cukup sifat dan sempurna.

cara pilih udang segar

Nak pastikan udang itu betul-betul segar, kena lihat kepala dan ekornya masih ada serta kulit melekat pada badannya. Senang cerita, semua anggota badannya cukup sifat dan sempurna.

3. Ekor udang nampak berkembang dan mekar elok.

Ekor udang yang berkembang menunjukkan bahawa badannya masih segar dan tak lembik. Jika ekor udang itu tak mekar elok, maksudnya udang itu sudah lama dan tak segar lagi.

Bukan saja di pasar, malah cara pilih udang segar ini sangat berguna untuk anda praktikkan sewaktu membeli barang dapur di pasar raya juga.

Manalah tahu tiba-tiba terfikir nak masak udang pada hari ini buat keluarga tersayang, bolehlah gunakan tips ini sebelum membelinya nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: bumi.kahiji

Baca juga: Tips Pilih Tomato Segar Dan Tahan Lama, Elak Terbeli Yang Rasa Masam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN