sup daging siam

Pasti ramai yang dah biasa buat sup daging kan? Kali ini apa kata jom cuba buat sup daging siam pula. Makan pula dengan moi (bubur nasi), bertambahlah sedap.

Kalau dah bosan makan nasi biasa, jom ikut cara ni pula. Sekali sekala tak salah kan? Ikut saja resipi yang telah dikongsi oleh Nasriah Ramli di bawah.

CARA BUAT SUP DAGING SIAM

Bahan-bahan:

  • Daging
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Seri
  • Hala
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 5 biji air perahan limau kasturi
  • Carrot
  • Ubi kentang
  • Daun limau purut
  • Cili api
  • Bawang holland
  • Tomato
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup
  • Daun ketumbar
  • Suun

Cara-cara:

  1. Rebus daging sehingga 1/2 empuk. Ketepi dan sejukkan sekejap.
  2. Angkat daging dan potong nipis. Simpan air rebusan.
  3. Ketuk bawang merah, bawang putih dan serai. Hiris nipis halia, kemudian tumis semua bahan ini dalam minyak panas sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan air rebusan daging, 2 sudu makan sos ikan dan masukkan daging yang dihiris tadi.
  5. Perahkan juga 6 biji limau kasturi. (kalau suka masam boleh lebihkan)
  6. Tunggu sehingga daging empuk. Kemudian baru masukkan carrot, ubi kentang, daun limau purut, cili api yang dibelah, belahan bawang holland dan tomato.
  7. Perasakan dengan sedikit gula dan garam secukup rasa.
  8. Bila dah mendidih, masukkan daun sup dan daun ketumbar.
  9. Akhir sekali, tutup api dan masukkan suun.

Nasi dimasak dengan air yang banyak.

Sedia untuk dihidang, selamat mencuba!

Kredit: Nasriah Ramli

Baca juga: Resipi Bihun Sup Tumis Darat, Siap Dengan Sambal Kicap Padu. Sedap Tak Terkata!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN