kurma dan butter

“Tular resipi kurma dan butter untuk bersahur, ramai cakap sedap dan memang kena cuba..!”

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, kurma merupakan antara makanan sunnah yang dicari-cari umat Islam di seluruh dunia.

Bukan hanya menjadi dimakan ketika berbuka puasa, kurma juga dijadikan amalan ramai yang diambil semasa bersahur.

Jika ada yang kurang menggemarinya namun inginkan khasiat kurma, apa kata anda cuba memakan kurma menggunakan cara yang sedikit berbeza seperti yang dikongsikan oleh Encik Muhammad Hassan ini.

Baca juga: Cara Buat Stok Pati Kurma Untuk Sahur, Pasti ‘Kenyang’ Sampai Berbuka

RESIPI KURMA DAN BUTTER

Perkongsian itu telah tular di laman sosial Facebook dan mendapat perhatian apabila ramai ingin mencuba cara yang sama. Berikut merupakan perkongsian tersebut:

“Semalam syeikh mesir juga guru Al Quran saya datang ziarah di showroom. Saya hidangkan beliau zaatar dan minyak zaitun Al Ard.

Kebetulan ada kurma medjoul ps. Syeikh ajar buang biji kurma dan letak kacang badam. Tapi saya nak bagi sedap lagi saya letak butter dan pelbagai kacang. (Melawan hukum syeikh).

Serius tak tipu memang sedap giler. Kurma medjoul ni lembut cair dalam mulut, ditambah pula dengan rasa lemak masin dari butter dan rangup dari kacang badam.

Nak lagi sedap letak dalam peti sejuk 30 minit. Makan dalam keadaan sejuk butter lagi rasa sedap berlemak macam kita makan aiskrim.

Makan sebiji dah cukup jika untuk sahur nanti. Serius saya makan malam tadi sekarang jam 11am masih lagi rasa kenyang.

Kalian patut cuba untuk sahur nanti.”

kurma dan butter

Sumber: Muhammad Hassan

Baca juga: Senarai Kurma Yang Bukan Dari Negara Islam, Jangan Salah Beli!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN