rendang minang

Rendang minang merupakan satu makanan yang sentiasa menjadi pilihan tidak kira hari raya atau hari biasa. Kalau hari biasa, makan dengan nasi memang sedap!

Rendang ini juga merupakan juadah asli dari jiran Malaysia iaitu Minang, Indonesia. Resipi kali ini juga sangat istimewa kerana ia merupakan resipi turun temurun oleh nenek Cik Puan Aminahtul Mardiah Md Nor 

Jom kita tengok resipi lengkap di bawah.

Baca juga: Laksa Telur Sarang, Makanan Utara Ini Ngam Betul Dengan Tekak!

RESIPI RENDANG MINANG 

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging
  • 1 kg santan
  • 30 biji bawang merah
  • 10 biji bawang putih
  • 3 sudu senduk nasi cili kering yang telah diblend
  • 5 batang serai
  • Daun kunyit
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas yang dihiris
  • Buah pelaga
  • Cili api secukupnya
  • Daun limau purut

Cara Penyediaan:

1. Kisar bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga halus.

2. Kisar juga cili api sehingga lumat.

3. Tumis bahan yang telah dikisar tadi.

4. Masukkan nasi cili kering, cili api, serai, dan lengkuas. Tumis sehingga naik aroma.

5. Masukkan santan dan daun kunyit ke dalam kuali.

6. Masak santan sehingga pekat dan kelihatan seperti akan naik minyak.

7. Masukkan daging ke dalam kuali.

8. Apabila santan hampir kering, masukkan daun limau purut, cengkih, dan air asam jawa.

9. Tambah garam secukup rasa.

10. Masak rendang sehingga kering dan berempah.

rendang minang

Tips:

  • Jika menggunakan lebih dari 3 kilogram daging, tambahkan santan mengikut keperluan. Jika menggunakan bawang merah yang besar, satu biji bawang merah besar setara dengan 5-6 ulas bawang merah kecil.

Sumber: Aminahtul Mardiah Md Nor 

Baca juga: Cara Masak Tebu Telur Masak Bening, Sayur Kampung Yang Semakin Dilupakan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN