Apa menu makanan anda hari ini? Bagaimana jika anda mencuba salah satu masakan istimewa iaitu Ikan Talapia Garing Bersos Limau. Resepi yang sangat sedap lagi-lagi kalau menggunakan ikan talapia yang besar. Satu ikan talapia besar boleh dihidangkan untuk 5-6  orang. Resepi ini juga mempunyai rasa yang unik iaitu rasa pedas dan masam. Hidangan ini sangat sesuai untuk menjamu selera keluarga anda. Jadi apa kata kita cuba resepi Ikan Talapia Garing Bersos Limau yang dikongsikan oleh Marina Ismail di Facebook.

PENULIS

MyResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

Resepi Unik Talapia Garing Bersos Limau

Apa menu makanan anda hari ini? Bagaimana jika anda mencuba salah satu masakan istimewa iaitu Ikan Talapia Garing Bersos Limau. Resepi yang sangat sedap lagi-lagi kalau menggunakan ikan talapia yang besar. Satu ikan talapia besar boleh dihidangkan untuk 5-6  orang. Resepi ini juga mempunyai rasa yang unik iaitu rasa pedas dan masam. Hidangan ini sangat sesuai untuk menjamu selera keluarga anda. Jadi apa kata kita cuba resepi Ikan Talapia Garing Bersos Limau yang dikongsikan oleh Marina Ismail di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ikan talapia

  • 3 biji limau nipis (ambil jus)

  • 3 sudu besar gula

  • 3 biji cili padi merah (potong halus)

  • 5 biji cili padi hijau (potong halus)

  • 5 sudu besar sos ikan

  • 7 ulas bawang putih (cincang halus)

  • 2 tangkai daun ketumbar (potong halus)

  • Garam untuk lumur ikan

Kredit: Marina Ismail
CARA PENYEDIAAN
  • Basuh ikan bersih-bersih dengan limau nipis. Memang hilang bau hanyir ikan tu.

  • Lumurkan garam secukupnya pada ikan yang dah bersih tadi. Perap seketika.

  • Tak perlu letak kunyit.

  • Goreng ikan hingga betul-betul garing. Ketepikan.

  • Panaskan sikit minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Jangan sampai garing..

  • Campurkan sos ikan, gula, jus limau nipis, cili padi dan daun ketumbar. Kacau sebati.

  • Masukkan bancuhan tu dalam kuali yang kita tumis bawang putih tadi. Kacau dan rasa.

  • Dah cukup rasa, tuangkan atas ikan yang dah digoreng tadi.

  • Sedia untuk dihidangkan.

Kredit: Marina Ismail
TIPS
  1. Beli talapia yang masih hidup berenang-renang dalam akuarium tu. Dia orang akan tangkap dan terus siang. Rasa isi ikan lebih sedap, isi pejal dan manis.
  2. Talapia tergolong dalam ikan air tawar. Pastikan basuh betul-betul sampai hilang bau. Guna limau nipis paling bagus. Cepat hilang bau hanyir ikan.

Kredit: Marina Ismail

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.