Selain karipap inti ayam, daging dan kentang, karipap sardin juga ada peminatnya yang tersendiri.
Rupanya mudah saja nak buat sendiri karipap sardin di rumah. Baru puas hati, tiada lagi karipap ‘angin’.
Jom cuba buat menggunakan resipi yang dikongsi oleh Saudari Zaza Rahman di bawah.
Baca juga: Tips Buat Roti Goreng Sardin Yang ‘Rangup’, Kena Perah Sedikit Asam Limau
1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang sudah dihiris dadu sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili boh dan isi sardin yang sudah dilenyek.
2. Masak sehingga sedikit kering. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sejukkan inti sambil kita buat kulitnya pula.
1. Gaul tepung, garam dan marjerin sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan air dan uli sehingga tak melekat pada tangan.
2. Anggaran setiap satu doh adalah 20gram.
3. Gelek dan letakkan inti sardin. Kelim dengan kemas menggunakan acuan atau tangan.
4. Goreng sehingga masak dan keperangan.
5. Selamat mencuba!
Kredit: Zaza Rahman
Baca juga: Buat Sendiri Roti Kukus Viral, Dia Punya Lembut & Gebu Tak Boleh Bawa Bincang
Ramai yang telah menggunakan sagu untuk buat kuih dan pencuci mulut yang lazat di rumah.…
Pelbagai resipi masakan daging yang sering dijadikan sebagai hidangan lauk di rumah. Kali ini, kami…
Terfikir nak buat pau tapi semasa nak beli yis kering di kedai, sudah habis stok…
Kadangkala mood nak makan hidangan ringkas saja pada hari ini. Oleh itu, kami nak kongsikan…
Baru-baru ini telah viral tentang keenakan Satay Bhalut yang buat ramai teringin cuba sendiri di…
Pantang ada masa terluang, mesti nak cuba resipi baru yang menarik. Kali ini, kami nak…