Categories: Tips & Petua

Krim Putar Rosak Sebab ‘Overbeat’? Jangan Buang! Boleh Dibuat Butter & Buttermilk

Apa nak buat jika krim putar rosak (whipping cream) akibat terlebih putar sehingga ianya menjadi cair semula dan terpisah (separate) lalu terbentuk gumpalan berwarna kuning pucat yang merupakan butter dan cecair putih kekuningan yang merupakan buttermilk.

Jom kita baca perkongsian yang dikongsi oleh Mr. Ali jika anda terlebih pukul whipping cream di bawah.

Baca juga: Mr. Ali Kongsi Tips Buat Whipping Cream Jadi Kental & Coklat Ganache Berkilat Elok

Cara Buat Butter & Buttermilk Guna Krim Putar Rosak

Hari ini Mr. Ali nak kongsi dengan kalian apa yang perlu dibuat jika kalian terlebih pukul whipping cream. Jangan boleh. Tapi boleh dijadikan butter dan buttermilk.

Ini cara paling senang, cara saya. Jadi bila pukul whipping cream, pastikan berhenti pukul bila dia dah kental dan bertanduk. Jika masih putar selepas ia kental dan bertanduk, whipping cream akan menjadi bentuk solid dan liquid.

Yang pepejal (solid) itu adalah butter, yang cecair (liquid) pula adalah buttermilk. Ini rupanya apabila whipping cream terlebih overbeat.

Ambil yang butter, tapiskan dan perah untuk keluarkan lebih air buttermilk. Mampatkan butter tersebut menggunakan tangan atau letak dalam bekas.

Letak garam sedikit untuk mampatkan lagi dan kemaskan dengan spatula, maka jadilah ia ‘salted butter’.

Yang air tadi adalah buttermilk, boleh digunakan dalam masakan atau kek red velvet. Butter pula letakkan dalam chiller untuk dimasak atau sapuan pada roti.

Sumber: Muhammad Ali

Baca juga: Coklat Ganache Selalu Tak Menjadi, Apa Puncanya? Lelaki Ini Ada Solusinya

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

2 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

2 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

2 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 days ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 days ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 days ago