Categories: Tips & Petua

Cara Rebus Sagu Besar Yang Jimat Gas, Confirm Jernih Dan Sebiji-Sebiji Elok!

Ramai yang telah menggunakan sagu untuk buat kuih dan pencuci mulut yang lazat di rumah. Sebelum itu, anda perlu tahu cara rebus sagu besar yang mudah dan hasilnya menjadi.

Sagu adalah sejenis kanji yang dihasilkan dari teras berkabus, pelbagai batang sawit tropika, terutamanya pokok Rumbia.

Pokok sagu merupakan sumber makanan ruji bagi kaum peribumi di Sabah dan Sarawak, antaranya suku kaum Bisaya dan Melanau.

Bekalan sagu terbesar berasal dari Asia Tenggara, terutama Malaysia dan Indonesia. Oleh kerana terlalu banyak, sejumlah besar dihantar ke Eropah dan Amerika Utara untuk tujuan memasak.

Baca juga: Cara Bakar Ubi Keledek Guna Air Fryer, Sekejap Saja Isi Jadi Empuk Dan ‘Juicy’!

Terdapat 2 jenis biji sagu iaitu biji sagu mutiara dan biji sagu mata ikan. Buat pengetahuan anda, kedua-duanya mempunyai kegunaan yang tersendiri.

Biji sagu mutiara bersaiz besar dan sering diletakkan dalam minuman Lai Chee Kang dan Air Batu Campur, manakala biji sagu mata ikan pula bersaiz kecil dan selalu digunakan untuk buat kuih-muih.

Antara masalah yang sering dihadapi ramai dalam menggunakan sagu adalah ketika merebusnya. Jika silap caranya, sagu akan jadi hancur, melekat dan tak jernih.

Buat anda yang ingin menggunakan sagu besar, boleh ikut cara rebus sagu besar yang ditunjukkan oleh NorbayaDahalan di Lemon8 ini. Jom kita tengok caranya!

CARA REBUS SAGU BESAR YANG JIMAT GAS

1. Mula-mula, didihkan air dalam periuk terlebih dahulu.

2. Selepas itu, masukkan sagu dan masak selama 15 minit.

3. Kemudian, sesekali kena kacau supaya sagu tak melekat.

4. Selepas 15 minit, tutup api dan tutup periuk, kemudian biarkan selama sejam.

5. Bilas dengan air bersih.

6. Ulang semula dari langkah (1) sampai (5) sebanyak dua kali. Siap untuk digunakan!

Cara rebus sagu besar ini bukan saja mudah, malah ia dapat bantu menjimatkan gas di dapur. Tambahan pula, anda pasti akan puas hati dengan hasilnya yang jernih dan tak hancur sama sekali.

Selamat mencuba!

Sumber: NorbayaDahalan

Baca juga: Resepi Sagu Gula Melaka Sedap, Ada Petua Supaya Tak Hancur Dan Berketul

Aimi

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

4 hours ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

6 hours ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

7 hours ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

8 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

10 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

11 hours ago