karipap kampung

Sebenarnya mudah je nak buat karipap kalau ikut cara orang tua dulu-dulu. Kulit karipap kampung ni dia ‘berjerawat’, itulah yang buat ia jadi lebih sedap.

Makan panas-panas tersangatlah sedap, 3 4 biji pasti tak cukup. Jom cuba buat menggunakan resipi perkongsian dari Missz Amira di bawah:

“Dah puas makan donut, karipap jerawat inti kentang + ayam tumpang lalu. Karipap kampung cara orang tua dulu-dulu simple je, makan panas-panas confirm 3-4 biji sekali makan. Resipi 2 cawan tepung boleh lah sekali hadap 1 family.”

RESIPI KULIT KARIPAP

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sb tepung beras
  • 1/2 sb gula
  • 1/2 sk garam
  • 1 sb marjerin
  • 3 sb minyak masak

Cara membuat:

1. Gaul rata semua bahan semua kecuali minyak dan marjerin.

2. Panaskan minyak sekejap dan masukkan marjerin sehingga cair, kemudian terus masukkan ke dalam tepung tadi masa panas-panas.

3. Gaul dengan senduk sehingga semuanya sebati dan jadi seperti serbuk roti. Masukkan 1/2 cawan air sejuk dari peti ais. Uli sebati.

4. Hasil doh yang sudah siap. Saya tak perap pun.

5. Sedia untuk digelek dan tekap karipap. Nak kelim guna tangan pun boleh, nak guna acuan pun boleh. Acuan ni beli dekat sh0pee “acuan karipap/dumpling maker”.

6. Inti dan tepung okay ngam-ngam cukup dapat banyak ni.

7. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Api sederhana je.

RESIPI INTI KENTANG AYAM

Bahan-bahan inti:

  • 1 biji bawang holland saiz kecil
  • 3 biji kentang saiz biasa
  • 1 ketul dada ayam saiz besar (banyak pun boleh)
  • 1 sb rempah kari ayam/daging
  • 2 cawan air
  • 3 sb gula
  • 1 sk garam

Cara membuat:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang, ayam dan rempah kari ayam/daging.

2. Masukkan kentang, air, gula dan garam. Biarkan mendidih dan sehingga hampir kering. Bila dah hampir kering, kacau-kacau supaya rata sehingga kering sepenuhnya (guna air sederhana).

3. Hasil setelah kering. Saya suka kentang berbiji dan empuk begini je. Kalau suka  lembik, tambah air dan masak lebih lama.

Hasilnya, sedap makan panas-panas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN