Categories: Resepi

3 Menu Berasaskan Ayam Ini Wajib Cuba Sepanjang Puasa, Mudah & Sedap!

Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Ibu-ibu pasti sudah mula memikirkan menu untuk dijadikan hidangan bersahur dan berbuka. Oleh itu, 3 menu berasaskan ayam ini boleh dijadikan panduan buat anda untuk dicuba nanti. Menu ini pasti menambat selera seisi keluarga. Dijamin berselera!

Baca juga: 4 Resipi Mudah Untuk Anak Yang Susah Makan Sahur, Ibu-Ibu Boleh Cuba!

3 MENU BERASASKAN AYAM

1) RESIPI AYAM PAPRIK

Bahan-bahan tumis:

  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Serai sebatang diketuk

Bahan lain:

  • 3 sdm cili kisar
  • Isi ayam (potong kecil)
  • Air panas setengah mangkuk
  • Sayur pilihan
  • 6 biji cili padi (diketuk)
  • Daun limau purut

Bahan sos:

  • 2 sdm sos cili
  • 2 sdm sos cili thai
  • 1 sdm sos tiram
  • 1 sdm sos ikan
  • 1/2 sdm kicap manis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak banyak sikit sebab nanti nak tumis cili kisar. Mula-mula tumiskan dulu bahan-bahan tumis.
  2. Bila bahan tadi dah garing, masukkan cili kisar. Masak sampai garing dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan ayam yang sudah dipotong kecil. Masak sampai ayam masak.
  4. Masukkan pula bahan sos dan air panas setengah mangkuk. Kacau rata.
  5. Biarkan mendidih sekejap.
  6. Masuk pulak segala jenis sayur. Kalau ada kacang boleh masuk ya. Kacang panjang boleh kacang buncis pun boleh. Masukkan sekali 6biji cili padi yang diketuk.
  7. Akhir sekali masukkan daun limau purut (buang tulang tengah daun).
  8. Agak-agak bila sayur dah lembut boleh tutup api. Selamat mencuba!

Kredit: Khas Fena

2) RESIPI AYAM HALIA

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Sos tiram
  • Serbuk lada hitam
  • Tepung jagung
  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Daun bawang

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga garing. Kemudian masukkan cili, bawang dan halia, tumis sehingga sedikit layu.
  2. Masukkan ayam dan kacau rata.
  3. Masukkan air dan serbuk lada hitam.
  4. Masukkan pula sos tiram.
  5. Letakkan air dan biarkan sehingga mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya. Bila semua dah secukup rasa, masukkan bancuhan air tepung jagung mengikut kepekatan yang diingini.
  6. Akhir sekali masukkan daun bawang yang sudah dihiris. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kredit: Fdlah Ila

3) RESIPI AYAM TIRAM THAILAND

Bahan-bahan perapan ayam:

  • 10 ketul ayam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Garam/secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara penyediaan perapan ayam:

  1. Satukan semua bahan dan lumur sebati pada ayam.
  2. Bakar dalam air fryer atau oven pada suhu 180-200°C selama 20 minit.

Bahan sos:

  • 5 ulas bawang putih
  • 4 biji cili padi merah
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap cair
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji perahan limau nipis/lemon
  • Daun ketumbar yang dipotong halus

Cara-cara penyediaan sos:

  1. Satukan bawang putih dan cili padi merah. Tumbuk sampai lumut menggunakan lesung.
  2. Masukkan bahan lain dan gaul semua bahan sampai sebati.
  3. Akhir sekali curahkan ke atas ayam yang sudah masak.
  4. Selamat mencuba!

Kredit: Raja Siti Afiqah Azmi

Wan N

Recent Posts

Resipi Sambal Burger Malaysia Yang Melimpah-Limpah, Tengok Pun Dah Buat Terliur!

Kalau suka burger Malaysia yang sambalnya melimpah, pekat dan pedas manis, resipi sambal burger Malaysia…

11 hours ago

Rahsia Kacang Tanah Rangup, Nampak Biasa Tapi Teknik Goreng Ini Ramai Terlepas Pandang!

Resepi kacang tanah goreng rangup sebenarnya mudah saja. Tak perlu bahan yang banyak, cuma kena…

15 hours ago

Fruit Rice Paper Roll, Buah Segar Digulung Dalam Rice Paper… Sekali Gigit Memang Fresh!

Resipi fruit rice paper roll ini sesuai untuk anda yang mahukan snek segar dengan gabungan…

15 hours ago

Resipi Kuih Apam Tokyo 2 Lapisan, Bahagian Bawah Kenyal & Atas Lembut Berlemak

Kalau suka kuih tradisional yang ada gabungan rasa lemak dan manis, kuih apam Tokyo ini…

16 hours ago

Cara Buat Minyak Stroke Guna 3 Bahan Dapur, Nak Guna Tinggal Sapu & Ratakan Saja

Minyak stroke ini dikongsikan menggunakan hanya tiga bahan yang mudah didapati iaitu minyak kelapa, buah…

17 hours ago

Resipi Kerabu Pegaga, Gaul Dengan Kelapa Sangai Sampai Kering Baru Lagi Sedap

Bila nampak pegaga segar, terus terbayang kerabu yang masam, pedas dan rangup. Kalau suka makan…

18 hours ago