roti goreng sardin

Roti putih kebiasaannya dimakan bersama jem ataupun kaya, namun sebenarnya banyak lagi resipi yang kita boleh buat dengan menggunakan roti ini. Misalnya anda boleh cuba resipi roti goreng sardin yang rangup ini.

Sesuai disediakan untuk minum petang. Cara penyediannya juga mudah yang amat! Nak buat untuk sarapan pun sesuai juga, pasti habis licin dimakan anak-anak. Nak cuba? Ikut saja resipi yang dikongsi oleh Cahaya Kasih Firdausi di bawah ini.

Baca juga: Buat Sendiri Apam Balik Nipis Ala Pasar Malam, Ikut Sukatan Ini Nak Lagi Rangup

RESIPI ROTI GORENG SARDIN RANGUP

Bahan-bahan inti:

  • Sardin tin
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Gula sikit
  • Garam sikit
  • Serbuk perasa sedap maggie

Bahan-bahan adunan tepung:

Cara-cara:

1. Tuangkan sardin tin dalam mangkuk.

2. Kemudian masukkan bawang merah dan cili padi yang sudah dipotong serta masukkan juga bahan-bahan lain.

3. Hancurkan semua bahan, gaul rata dan tumiskan dengan sedikit minyak sehingga masak dan bawang layu.

4. Untuk tepung gorengan biasa saja, boleh guna berbagai jenis tepung, cuma perahkan air limau sedikit sahaja untuk rangup serta sedikit garam. Nak bagi warna kuning, letak sedikit serbuk kunyit.

5. Tepung yang sudah disebatikan, selepas isi sardin di dalam roti, ketepikan roti dan letakkan tepung cair dan lipat dua untuk lekatkan roti agar tidak terbuka.

6. Roti tak perlu dilenyek atau kukus. Hanya celup dalam tepung dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.

7. Siap! Jangan lupa untuk cuba di rumah, okay!

roti goreng sardin

Kredit: Cahaya Kasih Firdausi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN