roti kukus

Setia kali ada makanan yang viral seperti Roti Kukus di Bangi, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mencubanya walaupun terpaksa beratur panjang.

Setiap makanan yang viral itu sebenarnya kita boleh cuba buat sendiri di rumah. Yang mana jauh tu tak perlu susah-susah untuk ke kedai tersebut.

Jom cuba buat sendiri Roti Kukus ini di rumah. Terima kasih kepada Juliana Jue Cullen kerana berkongsikan resipi. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Baby Pancake ‘Viral’, Dah Sejuk Pun Masih Lembut Lagi!

RESIPI ROTI KUKUS VIRAL, GEBU & LEMBUT!

Bahan-bahan:

  • 425 gram tepung pau/tepung gandum (warna roti lebih putih, tepung gandum ada kekuningan sikit)
  • 75 gram – tepung tang mien (kalau tak ada boleh guna sepenuhnya tepung pau/gandum)
  • 125 gram gula halus
  • 5 gram – yis
  • 5 gram – baking powder (
  • 50 gram – shortening (lemak sayur)
  • 225gram – 240gram air sejuk

Cara-cara:

1. Saya adun guna mixer 7 liter Golden Bull. Masa lebih kurang 30 minit menggunakan kelajuan perlahan (low speed).

2. Adunan saya dapat 4 bekas kod 4573, setiap timbangan doh 225 gram-228 gram.

3. Saya proofing (rehatkan doh) lebih kurang 1 jam-1 jam 30 minit bergantung kepada cuaca.

4. Kukus selama 20 minit hingga 30 minit. Pastikan balut penutup pengukus dengan kain.

5. Bila roti dah siap kukus, sejukkan dahulu baru dipotong. Guna pisau yang beigigi halus. Lebihan roti yang belum diisi inti boleh simpan dalam peti beku. Kukus semula bila nak guna.

6. Boleh letak perisa inti mengikut kesukaan masing-masing.

Info: Kalau nak jimat, bancuh guna tepung gandum. Bila dah mahir, baru guna tepung pau

Kredit: Juliana Jue Cullen

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN