resepi puding karamel

Resepi puding karamel ini sangat sesuai untuk anda yang alergik telur atau tidak suka rasa hanyir telur dalam puding.

Bahan-bahan yang digunakan juga murah dan mudah untuk didapati. Gandingan puding perisa vanilla yang lembut dengan gula karamel memang sangat nikmat.

Selain dari tidak menggunakan telur, anda hanya perlu sejukkan puding dalam peti ais saja tanpa dibakar atau dikukus. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Puding Jagung Kastard Guna 4 Bahan, Sedap & Lembut Elok!

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan untuk karamel:

  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan air

Bahan untuk puding:

  • Agar-agar serbuk 10g (plain)
  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 cawan susu pekat (ikut kemanisan tekak yang disukai)
  • 3 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Sedikit garam (untuk melemakkan rasa puding)

Cara memasak:

1. Masukkan gula ke dalam periuk dan masak sehingga cair dan bertukar keperangan. Pastikan guna api perlahan.

2. Tutup api dan tuang air secara perlahan-lahan ke dalam gula tadi. Kemudian buka semula api dan kacau karamel tadi sehingga larut.

3. Sejukkan karamel tadi dan baru diisi dalam bekas.

4. Masukkan air serta serbuk agar-agar dan masak sehingga mendidih.

5. Campurkan susu cair, tepung kastard, susu pekat, garam dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati terlebih dahulu, kemudian masukkan ke dalam agar-agar. Biarkan mendidih.

6. Sedia untuk dituang ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti ais. Selamat mencuba!

resepi puding karamel

Kredit resipi dan gambar: Fatien Zaini

Baca juga: Resipi Puding Lapis Pandan Santan Yang Lembut & Kurang Manis, Terliurnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN