Susu cair jika tidak habis diguna, kita akan simpan begitu saja dalam peti sejuk kan? Rupanya ini cara simpan susu cair yang sudah dibuka supaya tahan lama.
Bukan itu saja, jika anda praktikkan cara ini, susu cair boleh bertahan sehingga 6 bulan. Baru tak membazir kan?
Maklumlah, kadang-kadang kita mahu guna sedikit saja susu cair dalam masakan. Jika tak habis diguna, takkan nak buang pula.
Baca juga: Tips Simpan Durian Supaya Tahan Lama, Setahun Pun Elok Lagi
CARA SIMPAN SUSU CAIR YANG BETUL
Berikut merupakan 5 cara yang boleh kita lakukan untuk menyimpan susu cair yang telah dibuka:
1. Tukar bekas kedap udara
Susu cair yang sudah dibuka jika tidak habis diguna, tukarkan ke dalam bekas kedap udara sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
Jika mahu digunakan dalam masa terdekat, simpan di bahagian chiller. Jika sebaliknya, simpan di bahagian sejuk beku.
2. Pastikan guna suhu betul
Pasti ramai sudah mengetahui cara ini. Pastikan peti sejuk berada pada suhu 4 darjah celcius atau lebih sejuk.
3. Cara simpan dalam peti sejuk ruang pembeku
Jika anda menyimpan susu cair di bahagian sejuk beku, susu cair boleh bertahan lebih lama.
Bila mahu diguna kembali, biarkan pada suhu bilik sehingga mencair.
4. Cara simpan susu cair – Letakkan di bahagian belakang
Sebolehnya simpan di bahagian belakang peti sejuk kerana bahagian tersebut adalah yang paling sejuk dan jauh dari makanan yang tak dimasak.
Sumber: Cara Resepi, Bobo
Baca juga: Cara Betul Simpan Baki Santan Kotak, Tahan Lama & Tak Berketul