piza roti tanpa bakar

Jom cuba buat Piza Roti Tanpa Bakar dalam oven ini. Hanya gunakan roti buku saja. Kalau dah nak tamat tempoh tapi stok banyak lagi, boleh cuba resipi ini.

Baca juga: Roti Sarang Burung Cheese Guna Air Fryer, Breakfast SIMPLE Guna 5 Bahan Je!

Bagi anak-anak yang gemarkan piza, boleh cuba trik ini. Memang kenyang lama dan paling syoknya, boleh letak topping ikut selera masing-masing. Puas hati!

Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Tyra Manan ini. Resipi beliau viral hingga meraih sehingga 4.4K shares tau! Memang nampak menarik. Jom kita tengok cara penyediaannya. 


RESIPI PIZA ROTI TANPA BAKAR

bahan piza roti tanpa bakar

Bahan-bahan:

  • 3 keping roti Gardenia
  • 4 keping keju Cheddar (Boleh tambah/ganti dengan keju Mozzarella)
  • Sos Cili
  • Sos Bolognese
  • Mayonis
  • 2 biji telur
  • Mentega
  • Sosej & Filamen Ketam (boleh ditukar dengan bahan lain)

Cara penyediaan:

1. Celur sosej dan filamen ketam seketika. Potong kepada bahagian kecil.

2. Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk. Kemudian, carikkan 3 keping roti kepada bahagian kecil.

3. Masukkan roti ke dalam telur.

4. Panaskan pan bersama mentega.

5. Susun roti yg telah dicelup telur ke dalam pan.

6. Sapukan sos cili dan sos bolognese.

7. Taburkan sosej & filamen ketam.

8. Letakkan kepingan keju di atas.

9. Tutup pizza dengan tudung periuk selama 5 minit (api kecil).

10. Hiaskan dengan mayonis. Siap! 

piza roti tanpa bakar


Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Jejari Roti Bersalut Tepung, Guna 2 Bahan Ini Je Dan Memang Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN