resepi ayam goreng hatyai

Resepi ayam goreng Hatyai ini mempunyai aroma dan rasanya yang tersendiri. Ia juga dikenali dengan nama Gai Tod Hat Yai dalam Bahasa Thailand.

Anda boleh menggunakan mana-mana bahagian ayam yang disukai. Namun sebaiknya guna ayam bahagian kepak atau tight.

Boleh ikuti resipi yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah di bawah jika ada yang mahu mencuba.

Baca juga: Ayam Goreng Seringgit Macam Pasar Malam, Lagi Puas Buat Sendiri

RESEPI AYAM GORENG HATYAI

Bahan-bahan:

  • Ayam 1 kg
  • Bawang putih 1.5 oz
  • Cumin seed 1 sudu kecil
  • Akar ketumbar 1 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Bawang merah ½ cawan
  • Soy sauce 1/4 cawan
  • Serbuk lada putih 1 sudu kecil
  • Gula 1 sudu besar
  • Garam 1 sudu kecil
  • Biji ketumbar 2 sudu kecil
  • Tepung beras ¼ cawan

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan kecuali ayam dan tepung.

2. Perapkan ayam bersama bahan yang dikisar paling kurang selama 2 jam.

resepi ayam goreng hatyai

3. Masukkan tepung beras bersama ayam yang diperap dan gaul sehingga sebati.

4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.

5. Angkat dan siap dihidangkan bersama sos thai.

Cara membuat bawang goreng:

1. Hiris nipis 5 hingga 6 biji bawang merah.

2. Sediakan tisu dan letakkan bawang yang telah dihiris nipis tadi. Taburkan sedikit garam.

3. Panaskan minyak dan gorengkan bawang sehingga keperangan. Ketepikan seketika.

4. Kemudian taburkan bawang ke atas ayam yang telah digoreng tadi. Selamat mencuba!

resepi ayam goreng hatyai

Kredit resipi dan gambar: Nurul Ateekah

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Honey Garlic Ala Korea, Makan Licin Sampai Ke Tulang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN