Anda yang suka buat kek di rumah mesti teruja setiap kali dapat tahu adanya resepi Kek Minyak kukus yang sedap.
Selain kuih-muih, orang dulu-dulu juga suka menghabiskan masa di dapur dengan membuat kek yang mudah seperti Kek Minyak.
Orang yang duduk di kampung jarang gunakan butter dalam masakan mereka, jadi terciptalah Kek Minyak yang mudah dengan menggunakan minyak masak yang ada di dapur.
Resepi Kek Minyak kukus yang dikongsikan oleh Nora Alhakim Nora di Facebook ini telah menarik perhatian ramai kerana adunannya yang begitu cantik. Jom kita cuba!
Baca juga: Kek Minyak Red Velvet Tak Payah Guna Butter, Tetap Lembut Gebu
RESEPI KEK MINYAK KUKUS PANDAN VANILLA
Bahan-bahan:
- 4 biji telur B
- ¾ cawan gula pasir
- ½ cawan susu pekat
- 1 sudu besar ovalette
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- ½ sudu teh soda bikarbonat
- ½ cawan minyak masak
- Esen vanilla
- Pandan emulco
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, mixer telur, gula pasir, susu pekat dan ovalette dulu sampai betul-betul kembang.
2. Selepas itu, masukkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat, kemudian mixer sampai sebati.
3. Seterusnya, masukkan minyak masak dan mixer sebati, kemudian bahagikan adunan kepada dua bekas.
4. Masukkan esen vanilla ke dalam bekas pertama dan kacau sebati, kemudian masukkan pandan emulco ke dalam bekas kedua pula dan kacau sebati.
5. Masukkan dalam acuan saiz 8 secara selang-seli supaya adunan nampak cantik.
6. Akhir sekali, kukus dalam masa selama 20 minit. Siap untuk dinikmati!
Begitu mudah resepi Kek Minyak kukus ini sampaikan ramai yang mencubanya. Walaupun tak pernah buat kek sebelum ini, anda akan dapat hasil yang lembut menjadi.
Kek Minyak ini sesuai dijadikan sebagai minum petang dan anda boleh nikmatinya bersama air teh atau kopi panas yang sedap tak terkata.
Selamat mencuba!
Sumber: Nora Alhakim Nora
Baca juga: Kek Minyak Paling Mudah Guna Periuk Nasi, Hasil Gerenti Lembut!