apam nasi

Kalau ada lebihan nasi, jangan dibuang! Sebab boleh buat apam nasi yang lembut untuk sarapan atau minum petang.

Kebiasaan orang makan apam nasi cicah dengan kelapa parut yang dicampur dengan garam. Sedapnya! Jom cuba buat nanti, ikut je resipi di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Apam Nasi Yang Lembut

Bahan-bahan:

  • 1 cawan nasi
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula – boleh tambah jika suka
  • 3 sudu kecil mauripan
  • 1 – 2 sudu kecil minyak masak
  • Secubit garam

Cara-cara:

1. Kisar nasi bersama 1 cawan air terlebih dahulu supaya nasi hancur halus. Kemudian baru tambahkan 1/2 cawan air dan kisar sekali lagi.

2. Tuang bahan kisar ke dalam belas tepung-tepung, gula dan mauripan. Gaul sebati.

3. Perap selama 1/2 jam atau sehingga naik. Kacau semua adunan. Masukkan pewarna yang disukai.

4. Tuang 3/4 atau penuh acuan kecil yang sudah disapu sedikit minyak.

5. Kukus selama 15 hingga 20 minit. Siap!

apam nasi

6. Boleh dimakan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan secubit garam. (kelapa dikukus dahulu)

apam nasi

Kredit: Zura Zul

Baca juga: Resipi Donut Gebu Hanya Guna 5 Bahan, Tak Perlu Rehatkan Doh!