sos hijau vietnam roll

Yang pernah mencuba Vietnamese Roll, wajib cuba dengan cicah Sos Hijau Vietnam Roll atau Green sauce ini. Memang ngamsoi!

Sos hijau yang trending di TikTok ini memang min sangat syorkan untuk korang cuba. Padu gila!

Baca juga: Cara Buat Vietnamese Spring Rolls Bersama Sos Pencicah Thai, Memang Power Weh!

Resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Liyn di laman Facebook. Nak buat stok banyak-banyak pun tak ada masalah. Boleh jadi salad dressing juga. 

RESIPI SOS HIJAU VIETNAM ROLL


Bahan-bahan:

  • Segenggam daun ketumbar
  • 4 biji cili padi hjiau ( nak pedas letak lebih ye
  • 1 helai daun limau
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit air
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu msg
  • 2 sudu gula
  • Air limau sikit / limau nipis separuh biji
  • 1 kotak kecil susu segar
  • Yogurt original
  • 2 sudu susu pekat 

Cara penyediaan:

1. Bahan bahan 1 hingga 10 perlu dikisar.
2. Kemudian sediakan periuk, masukan bahan yang diblend.

3. Masak dengan api perlahan, sambil masukkan bahan-bahan.

 

Selamat mencuba!


Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN