kari ayam pedas

Kali ini, MyResipi nak kongsikan resipi kari ayam pedas tanpa santan yang pekat dan padu. Yang penting, ia sangat mudah dan cepat dimasak.

Selain dinikmati dengan nasi putih panas, kari ini juga enak dicicah bersama lempeng, pulut kuning dan pelbagai jenis roti.

Kari juga boleh disediakan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan lain seperti ayam, ikan, daging, sotong, udang dan banyak lagi.

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Crispy Guna 3 Bahan, Rangup Macam Beli Dekat Kedai!

RESEPI KARI AYAM PEDAS TANPA SANTAN

kari ayam pedas

Bahan-bahan untuk diblender:

  • 1 ½ biji bawang besar
  • 1 ½ inci halia (lebih kurang)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 12 tangkai cili kering (dibuang biji dan rendam dalam air panas)

Bahan-bahan lain:

  • Daun kari
  • 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga – tapi saya tak masukkan buah pelaga)
  • 2 paket kecil serbuk kari ayam/daging Babas (25g)
  • Serbuk cili (mengikut citarasa)
  • 4 sudu kecil gula merah
  • ½ sudu kecil gula pasir
  • Garam secukup rasa
  • 2/3 biji kentang (dipotong)
  • 1-2 biji cili besar (optional)
  • 1 biji tomato (optional, saya tak masukkan)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Setelah minyak panas, tumis 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang) bersama daun kari. Tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan bahan yang diblender tadi dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Setelah pecah minyak, masukkan serbuk kari, serbuk cili dan sedikit air. Masak lagi hingga tumisan pecah minyak.
  4. Tambahkan ayam dan sedikit air. Masak sehingga ayam empuk.
  5. Masukkan gula merah dan kentang. Anda boleh tambahkan sedikit lagi serbuk cili mengikut selera.
  6. Masak kentang hingga empuk. Kemudian, perasakan dengan garam dan gula pasir.
  7. Optional: Anda boleh menambah cili besar atau tomato, tetapi saya hanya masukkan cili besar.
  8. Kari ayam pedas tanpa santan siap untuk dihidangkan!

Nota:

  • Kurangkan air kerana tidak menggunakan santan, supaya kuah tidak terlalu cair. Kuah akan menjadi lebih pekat dan sedap.
  • Jika tidak suka terlalu pedas, boleh kurangkan cili.

Kredit resipi dan gambar: Norsyazwani Mahmud

Baca juga: Resipi Ayam Halia Paling Cepat, Sekali Buat Pasti Nak ‘Repeat’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN