Project Description

Inginkan hidangkan something special untuk Deepavali? Cuba resipi Mutton Curry ini!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mutton Curry

Inginkan hidangkan something special untuk Deepavali? Cuba resipi Mutton Curry ini!

BAHAN-BAHAN

    Bahan-bahan (perapan):
    – 500g daging kambing
    – 1 sudu besar halia (dikisar)
    – 1 sudu besar bawang putih (dikisar)
    – 1 sudu besar serbuk kunyit
    – 1 sudu besar serbuk cili
    – 1 sudu besar garam
    – 1/4 cawan yoghurt

    Bahan-bahan:
    – 3 sudu besar minyak sapi
    – Kayu manis
    – Buah pelaga
    – 1 biji bawang besar (dicincang)
    – 2 biji cili hijau
    – 3 sudu besar serbuk masala daging
    – Daun kari
    – 1/4 cawan tomato puri
    – 2 cawan air
    – Garam (secukup rasa)

CARA PENYEDIAAN
    Cara-cara:
    1. Gaul daging kambing dengan halia, bawang putih, serbuk kunyit, serbuk cili, garam dan yoghurt. Perap semalaman.
    2. Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi.
    3. Masukkan kayu manis, buah pelaga dan bawang besar dan tumis. Kemudian masukkan cili hijau.
    4. Masukkan daging yang sudah diperap. Tumis lebih kurang 10 minit, kemudian tutup dan biar masak lagi 10 minit.
    5. Masukkan serbuk masala daging dan daun kari. Gaul.
    6.Masukkan tomato puri.dan air. Gaul.
    7. Tutup dan biar masak selama 45 minit.
    8. Masukkan garam secukup rasa.
    9. Siap untuk dihidang! 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.