resepi kuey teow kungfu

Pasti ramai yang tak pernah cuba resepi kuey teow kungfu tomyam kan? Gabungan tomyam yang masam manis dengan kuey teow rangup, memang mantap rasanya!

Sebelum ini kita cuma pernah makan kuey teow kungfu biasa seperti makan di kedai kan? Kalau cuba masak versi tomyam ini pula dijamin tak akan menyesal.

Kalau ada yang nak cuba memasaknya, mari kita pelajari resipi yang dikongsikan oleh Che Sayang Kitchen di bawah.

Baca juga: 1 Kuah Untuk 2 Masakan, Ini Dia Resipi Kuetiau Ladna & Kuetiau Hong Kong

RESEPI KUEY TEOW KUNGFU TOMYAM

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Air 2 cawan
  • Bawang merah & bawang putih
  • Serai, akar daun ketumbar & lengkuas
  • Cili padi
  • 3 sudu pes tomyam
  • 2 sudu pes cili thai
  • Brokoli, cauliflower & carrot
  • Sotong & udang
    Garam
  • Daun ketumbar
  • Telur 2 biji
  • Lada sulah & kuey teow

Cara memasak:

  1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang dipotong kasar. 
  2. Kemudian, masukkan juga serai yang dititik, akar daun ketumbar, lengkuas dan juga cili padi merah.
  3. Biarkan mendidih dan rebus semua bahan dalam 2-3 minit.
  4. Kemudian, masukkan pes tomyam dan pes cili thai. Kacau sehingga sebati.
  5. Biarkan mendidih sekejap sebelum masukkan brokoli, cauliflower dan carrot.
  6. Masak sehingga sayur agak layu sebelum masukkan udang dan sotong.
  7. Perasakan dengan garam dan 1 sudu santan. Akhir sekali letakkan daun ketumbar. Siap bahagian kuah tomyam.
  8. Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk. Letakkan juga lada sulah dan kacau sehingga sebati.
  9. Kemudian masukkan 1 peket kuey teow ke dalam mangkuk berisi telur tadi. Gaul sehingga sebati.
  10. Goreng di dalam minyak dan terbalikkan apabila bahagian bawah sudah garing. Masak sehingga kedua-kedua belah garing.
  11. Angkat ke atas pinggang dan curahkan kuah tomyam tadi. Selamat mencuba!

Lihat video penuh di bawah:

@chesayang_kitchen

Episod 295 | Resepi Kuey Teow Kungfu Tomyam Seafood | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi penuh Resepi tomyam – Air 2 cawan – Bawang merah & bawang putih – Serai, Akar daun ketumbar & lengkuas – Cili padi – 3 sudu pes tomyam – 2 sudu pes cili thai – Brokoli, cauliflower dan carrot – Sotong & Udang – Garam – Daun ketumbar – Telur 2 biji, lada sulah & Kuey teow #resepichesayang #chesayangkitchen #susahkenakbuat #kueyteowkungfutomyam

♬ original sound – Che Sayang Kitchen – Che Sayang Kitchen

Kredit resipi dan gambar: Che Sayang Kitchen

Baca juga: Petua Masak Mi Goreng Agar Tak Serap Kuah & Jadi Kembang, Sehari Pun Masih Likat & Basah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN