Resepi bergedil ini cukup mudah dan sedap dimakan begitu sahaja. Ia juga sering dijadikan sebagai menu tambahan dalam masakan lain seperti soto.
Walaupun cara penyediaannya nampak senang, tetapi begedil boleh menjadi hancur dan pecah ketika sedang digoreng. Di mana silapnya?
Oleh itu, jom MyResipi kongsikan tips bagaimana mahu hasilkan begedil yang cantik, sempurna dan tidak hancur selepas digoreng. Barulah perfect!
Baca juga: Tips Buat Soto Ayam Yang Sedap, Resipi Asli Daripada Chef Indonesia
TIPS BERGEDEL TAK HANCUR SELEPAS DIGORENG
Tips untuk elak bergedil merekah dan hancur setelah digoreng:
- Kentang yang digoreng lebih mudah dibentuk menjadi bergedil. Pastikan kentang cukup masak dan lembut untuk memudahkan proses pembentukan.
- Kuantiti kentang perlu lebih dari bahan-bahan lain. Ini akan membantu memastikan bergedil tidak mudah hancur semasa digoreng.
- Tips ini juga boleh digunakan untuk tauhu bergedil. Setelah dicelup dengan telur, masukkan bahagian hadapan dahulu ke dalam kuali. Terbalikkan sekali sahaja untuk memastikan ia masak dengan sekata
- Pastikan api dapur sederhana besar, jangan terlalu perlahan kerana ia boleh membuat bergedil menyerap minyak dan menjadi berminyak.
RESEPI BERGEDIL
Bahan-bahan:
- 10 kg kentang
- Sekilo bawang besar (hiris halus)
- 350 gram daun sup (hiris halus)
- Sepaket bawang goreng
- 2 paket lada burung (hiris halus)
- 2 paket ayam kisar 4 (toskan air ayam ni tau, tengok kat gambar)
- Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Rebus kentang sampai empuk. Semasa rebus, letakkan garam. Jika nak cepat empuk, potong kentang secara kecil-kecil.
- Toskan kentang dan lenyek semasa masih panas bersama-sama ayam kisar.
- Bila dah sekata, masukkan bawang, daun sup, cili padi dan gaul sekata. Jika rasa kurang, tambah garam secukupnya.
- Jika rasa doh agak lembap, boleh tambah bawang goreng. Gaul sekata. Bawang goreng berfungsi sebagai penyerap lembapan.
- Semua dah sekata bolehlah bulat-bulatkan doh jadi ketulan kecil seperti dalam gambar. Bentuk terpulang pada tukang gentel. Nak lonjong pun boleh.
- Untuk menggoreng pastikan minyak banyak supaya begedil tenggelam dalam minyak.
- Pukul sedikit telur. Celup ketulan doh tadi dalam telur dan goreng. Goreng sampai masak.
- Dah masak, angkat, toskan minyak. Siap!
Sumber: Noor Ali, Nurul Afidah Omar
Baca juga: Cara Buat Bakso Resipi Asli Daripada Orang Indonesia, Mengiurkan!